Blogger Tricks

    Selvedge Jadi Trend


    Seluar jeans selvedge (kepala kain) yang kini begitu popular dan di minati oleh kalangan kalangan lelaki yang mementingkan kualiti dan gaya style jeans itu sendiri. Oleh kerana seluar jeans selvedge keluarannya terhad membuatkannya begitu popular dan harganya pun meningkat naik.Tidak kiralah sama ada jeans selvedge ini dari keluaran baru atau yang terpakai, permintaannya adalah sangat tinggi bukan sahaja di Malaysia bahkan dari seluruh dunia.

    Kain jeans self-edge ataupun selvedge adalah kain anyaman awal dari peringkat awal tenunan. Dari pembukaan awalan kain ianya kelihatan bersih dan padat serta tidak berbenang.Kebiasaannya lagi pada masa rekaan mesin tenunan kain jeans, mesin adalah lebih kecil dan kain jeans selvedge mudah dapat ketika itu berbanding masa sekarang mesin tenunan kain jeans lebih besar dan membuatkan kain jeans selvedge adalah terhad. Bukan itu sahaja, Jeans selvedge lebih berat dan beekualiti tinggi  menyebabkan seluar jeans selvedge menjadi mahal dan mempunyai permintaan yang amat tinggi tidak kiralah sama ada seluar jeans selvedge keluaran baru ataupun seluar jeans selvedge terpakai.

    Kepada yang tidak mampu untuk mendapatkan seluar jeans selvedge branded yang ketika ini amat mahal, seluar jeans selvedge branded terpakai menjadi pilihan.Kebiasaanya,peniaga peniaga bundle akan gredkan terlebih dahulu kualiti seluar jeans selvedge branded tersebut sebelum meletak harga.Kebanyakkan pembeli membeli seluar jeans selvedge branded terpakai adalah untuk di pakai sendiri, dan ada juga pembeli yang di gelar kolektor jeans selvedge branded terpakai yang mencari dan membeli kategori yang rare(jarang) untuk di buat sebagai pelaburan dan boleh di jual kembali pada masa mendatang dengan lebih tinggi.Contohnya seperti seluar jeans vintage mengikut tahun yang lama.

    Ada antara seluar jeans tersebut harga boleh mencapai ribuan ringgit.Paling popular yang di kejar oleh para kolektor kolektor tersebut adalah brand dari Levi's seluar jeans terpakai yang vintage dan rare.Big E Selvedge serta vintage menjadi pilihan juga.Bukan sahaja para kolektor kolektor di Malaysia mempunyai minat seperti ini,malahan kolektor kolektor dari seluruh dunia.Sudah banyak kelab kelab levi's vintage di tubuhkan di seluruh dunia untuk mengumpul dan membeli seluar jeans levi's tersebut.




     Perbandingan antara Selvedge yg dianyam dan bukan Selvedge yg dianyam-jeans. Notis mengenai jeans bukan Selvedge yg dianyam-bahawa tidak ada kelebihan bersih pada kain terdekat jahitan ini.




    Antara seluar jeans selvedge branded terpakai(bundle)

    Jika anda membeli seluar jeans selvedge(kepala kain) terpakai/bundle,jika kaki rantainya koyak,ianya masih ada tarikan dengan cara anda melipat kaki bawah untuk menampakan selvedge seluar jeans anda kepada orang ramai atau anda memotong ikut sukatan panjang kaki anda dan menjahit kaki rantai yang baru di taylor taylor yang mahir membuat kaki rantai seluar jeans.

    Jangan fikir seluar jeans selvedge terpakai/bundle yang koyak koyak di lutut atau calar calar pada poket poket atau mana mana sahaja ianya tidak laku, masih ada peminat yang ramai ingin memilikinya kerana ianya kelihatan ranggi dan ROCK!!!.Harganya tentu berpatutan :)


    UNDERCONSTRUCTIONS
    My Blogger TricksAll Blogger TricksTechtunes
Loading...